Kursus Kemahiran & Keusahawanan

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan untuk semua sahabat... Saya ada pengumuman penting khasnya untuk bekas staf QIMONDA yang masih belum mendapat pekerjaan. MISDEC yang diuruselia di bawah P.K.N.M ada menawarkan pelbagai kursus berkenaan kemahiran, usahawan dan sebagainya. Yang paling menarik, ada juga ditawarkan kursus khas untuk pekerja2 yang telah dibuang, VSS dan lain2. Sepanjang pengetahuan saya, MISDEC adalah badan kerajaan yang boleh membantu anda untuk memulakan perniagaan/keusahawan dengan khidmat nasihat, bantuan kewangan & peralatan, bantuan jatuh bangun dan lain-lain walaupun bermula dengan "0" (kosong, zero dsbg). Oleh yang demikian, rebutlah peluang yang ada demi masa depan, mungkin rezeki tuan2 & puan2 di situ. Telah ditakdirkan, saya telah dipertemukan dengan seorang tenaga pengajar MISDEC En. Sazali dan telah bertanya serba sedikit mengenainya. Beliau memang menggalakkan terutamanya mereka yang seperti anda (bekas pekerja Qimonda yang masih menganggur) menyertai kursus ini. Sebagai sahabat, inilah tanggungjawab yang boleh saya usahakan demi membantu rakan2 sekelian. Saya juga telah berbincang dengan En. Najmul berhubung perkara ini untuk beliau mengumpulkan maklumat seberapa ramai rakan2 yang masih belum mendapat peluang perkerjaan dan saya masih menunggu borang bagi kursus berkenaan dari En. Sazali (MISDEC). Diharapkan tuan2 & puan2 tidak mensia-siakan peluang yang ada, ini bukan promosi tapi untuk diri anda sendiri, demi masa depan anak-anak kita. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dibuat kepada En. Najmul Wathan bin Abu Samah 019-6691785 atau dengan saya di talian 019-6237451.

KHAIRUL NIZAM BIN ALIAS - bekas pekerja Qimonda
(PEN. PEGAWAI PERPADUAN NEGARA &
INTEGRASI NASIONAL DAERAH JASIN)