Petikan dari akbar Berita Harian (26/01/2009)
KEGAGALAN menyelamatkan syarikat pengeluar cip,Qimonda,drpd muflis menyebabkan beberapa pakar jerman kini memikirkan impak keadaan itu terhadap operasi syarikat berkenaan di malaysia.Pengeluar cip itu sudah membuat perlaburan besar di malaysia.Kedudukan kewangan Qimonda yg bermasalah,menjadi semakin parah dan syarikat sudah membuat permohonan rasmi bagi prosiding bankrap pada jumaat lalu.Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai mahkamah di Munich,Jerman namun beliau enggan memberi maklumat lanjut.Permohonan akan dikemukakan kepada hakim yang menguruskan kes muflis .Qimonda yg dihubungi kelmarin,enggan mengulas."Qimonda berusaha menangani masalah itu sejak beberapa bulan lalu.Ia memerlukan peruntukan kewangan yg besar utk terus bertahan.Syarikat dianggarkan memerlukan 300 juta euro untuk meneruskan kelangsungan perniagaannya."Jumlah berkenaan hampir dua kali ganda angka yang di persetujui dalam pakej penyelamat yg dibincangkan pada bulan disember."Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada kedudukan Qimonda itu akan terjejas operasinya di malaysia",kata Bernd Otto,Perunding Pengurusannya di Frankfurt,Jerman."Saya pasti industri di malaysia akan menerima kesan dan saya kini memantau rapat tahap impak kes muflis Qimonda itu terhadap operasinya di Malaysia serta Taiwan,"kata Otto. - Bernama.