Kepada semua rakan-rakan AQM,Kawan kita iaitu Abd Hadi dan Omar Jaafar(OJ) telah pun mengorak langkah dengan membuka perniagaan Car Wash di Jalan lama Melaka-Muar Alai (Area Sawah terbiar).Perkhidmatan yg disediakan ialah Snow wash,Vacuum,Cuci enjin dan lain lain.
Maju VSS Car Wash

Qimonda Friendly Football
Perlawanan Bolasepak Persahabatan Qimonda VS Kementerian Kesihatan Senai akan diadakan pada :
Tarikh : 01/03/09 (Ahad)
Masa : 5:00 petang
Tempat : Padang Saleng ( Berhampiran Sekolah Indahpura 2)
- Datanglah beramai-ramai memberi sokongan
- Kepada para pemain - datang tepat pada masa
Majulah sukan untuk Qimonda...

Bakal jadi popular?
Masih kenalkah ?..ni lah En Rosman Bin Badak, gambar nie sy ambil sewaktu dia tengak syok berkaraoke di majlis perkahwinan adik ipar di kampung Air Tawar. So far dia nie terpilih masuk ke peringkat Konsert Prelude Akademi Fantasia 2009.Ok ..sama-sama kita mendoakan dia berjaya sambil menyokong rakan kita nie...
Ahli Majlis Tertinggi AQM
Salam mesra,
Pengumuman kepada ahli AQM.
Setelah tarikh undian ditutup maka dengan rasa bangga dan xsyen saya memutuskan bahawa senarai ahli majlis tertinggi AQM seperti berikut :-
Pengerusi AQM : En Najmul
Timbalan AQM : En Zailan
manakala jawatan lain seperti setiausaha,bendahari,penerangan dan ajk akan ditentukan dalam mesyuarat yg akan dijalankan oleh tuan pengerusi dalam masa terdekat.
sebarang pertanyaan dan cadangan boleh dikemukakan dalam forum.
sekian terima kasih.

Kursus Kemahiran & Keusahawanan
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan untuk semua sahabat... Saya ada pengumuman penting khasnya untuk bekas staf QIMONDA yang masih belum mendapat pekerjaan. MISDEC yang diuruselia di bawah P.K.N.M ada menawarkan pelbagai kursus berkenaan kemahiran, usahawan dan sebagainya. Yang paling menarik, ada juga ditawarkan kursus khas untuk pekerja2 yang telah dibuang, VSS dan lain2. Sepanjang pengetahuan saya, MISDEC adalah badan kerajaan yang boleh membantu anda untuk memulakan perniagaan/keusahawan dengan khidmat nasihat, bantuan kewangan & peralatan, bantuan jatuh bangun dan lain-lain walaupun bermula dengan "0" (kosong, zero dsbg). Oleh yang demikian, rebutlah peluang yang ada demi masa depan, mungkin rezeki tuan2 & puan2 di situ. Telah ditakdirkan, saya telah dipertemukan dengan seorang tenaga pengajar MISDEC En. Sazali dan telah bertanya serba sedikit mengenainya. Beliau memang menggalakkan terutamanya mereka yang seperti anda (bekas pekerja Qimonda yang masih menganggur) menyertai kursus ini. Sebagai sahabat, inilah tanggungjawab yang boleh saya usahakan demi membantu rakan2 sekelian. Saya juga telah berbincang dengan En. Najmul berhubung perkara ini untuk beliau mengumpulkan maklumat seberapa ramai rakan2 yang masih belum mendapat peluang perkerjaan dan saya masih menunggu borang bagi kursus berkenaan dari En. Sazali (MISDEC). Diharapkan tuan2 & puan2 tidak mensia-siakan peluang yang ada, ini bukan promosi tapi untuk diri anda sendiri, demi masa depan anak-anak kita. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dibuat kepada En. Najmul Wathan bin Abu Samah 019-6691785 atau dengan saya di talian 019-6237451.
KHAIRUL NIZAM BIN ALIAS - bekas pekerja Qimonda
(PEN. PEGAWAI PERPADUAN NEGARA &
INTEGRASI NASIONAL DAERAH JASIN)
KHAIRUL NIZAM BIN ALIAS - bekas pekerja Qimonda
(PEN. PEGAWAI PERPADUAN NEGARA &
INTEGRASI NASIONAL DAERAH JASIN)
Pembukaan Ruangan ber FORUM
satu lama Forum telah dibuka oleh saudara Md Zaini.kepada yg berminat bolehlah klik di pautan Forum.Disitu kita boleh berbual,chating,cadangan dan sebagainya.Adalah dimaklumkan sila jgn gunakan nama orang lain(pekerja qimonda) dan tidak dibenar sama sekali mengeluarkan kata-kata kesat,lucah,mengancam chater yg lain dan juga besifat perkauman.Kami Moderator tidak teragak-agak membatalkan nama nick name anda jika melanggar syarat serta peraturan berforum.Ok sekian terima kasih...selamat berforum!!!
'Ku Dihalaman Rindu'
Jumaat 30/1/2009 - Bertempat di Kedai Nasi Ayam Wak Lan , satu perjumpaan terkejut telah diadakan bagi menemukan rakan-rakan alumniqimonda.Lebih kurang 30 org telah hadir kemajlis perjumpaan ini.Banyak cerita menarik dan gosap opps salahplak..gosip telah diperbualkan.Antara gambar2 yang sempat dirakam kerana saya datang pada pukul 5.30ptg.Kiranya orang yg terakhir......
Subscribe to:
Posts (Atom)