Tanjung Bidara.






Pada 17/5/09(Ahad) satu perjumpaan rakan-rakan yang di kelolakan oleh Cik Sharlitaliza.Perjumpaan telah diadakan di Pantai Tanjung Bidara.

Jemputan Walimatul Urus.

Assalamualaikum W.B.T.Ape khabar kawan-kawan ex-qimonda melaka,senai dan kawan-kawan di infineon melaka.Di harap kan semua sihat disamping keluarga tercinta.Saya Syamsul Anuar Bin Ramli...name glamour acoi bekas pekerja smt qimonda melaka&senai ingin menjemput kawan2 yang mengenali saya,hadir di majlis perkahwinan saya pada 7/6/2009 di Rembau Negeri Sembilan. (double clik pada gambar untuk zoom)

Promosi Internet Percuma

Salam sejahtera buat warga2 ex Qimonda.

Syarikat kami iaitu Top Five Cyber Cafe membuat Promosi melayari Internet secara percuma selama 30min kepada warga2 ex Qimonda berkuat kuasa mulai 1hb Mei sehingga 30hb Mei 2009 pada setiap hari dan mulai jam 7.00pm ke 10.00pm.

Diharap agar promosi ini dapat memudahkan warga2 ex Qimonda mencari peluang pekerjaan atau peluang perniagaan yg sekarang ini masih terbuka luas.

Harap maklum,
Hazlan 0126979181

Khas Untuk Ahli(Chatter) Forum Alumni Qimonda.

Peringatan kepada semua ahli forum yang masih belum memperkenalkan diri anda.Sila ke topic 'Salam Perkenalan' untuk introduce diri sebenar anda.Jika tidak, secara langsung 'nick name'anda akan di'Banned' oleh moderator.Ini memastikan tidak berlaku kekacauan dilaman forum AQ dan juga untuk saling kenal mengenal antara ahli forum yang lain.Kepada bekas pekerja Qimonda yg belum menyertai,kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk memeriahkan forum AQ dan memberi /mendapatkan segala info terkini.Sebarang pertanyaan sila PM ke Jentolak atau Jai.

TTAQ di Restoran Zubaidah,Ayer Keroh.

Fuhh..selepas penat berkampung di Mitc,Satu perjumpaan TTAQ(Teh Tarik Alumni Qimonda) telah mempertemukan bekas pekerja Qimonda di Restoran Zubaidah.Terimah kasih diucapkan kepada Ahli Forum AQ kerana berjaya mengadakan majlis tersebut.Syabas....

Expo Program Penempatan Pekerjaan di Mitc,Melaka.

Beberapa gambar yg sempat dirakam oleh jurugambar AQM.

Program Penempatan Pekerjaan

Tarikh:28/3/09(sabtu)
Masa:9pg-5ptg
Tmpt:MITC ayer keroh.


Golongan sasaran :
Pekerja diberhentikan
Siswazah yg menganggur
Belia

Temuduga terbuka dan khidmat nasihat.

sila daftar nama anda di www.jobsmalaysia.gov.my

sesiapa yg terpilih mengikuti kursus dapat elaun minimum RM500 ,yuran free...

Kepada yg ingin menaiki bas percuma sila datang ke Melaka Sentral(setiap 1 jam). Perkhidmatan bas ILP & ADTEC.


ok..kita jumpa disana!!!!!!!!!

Jom memancing Qimonda A shift.


sabar ye muzaime..aku tau ko tension x dpt ikan..

bangganya bila dapat ikan...hehehe

barisan pejuang yg bersiap sedia utk ke medan pentempuran..

Maju VSS Car Wash




Kepada semua rakan-rakan AQM,Kawan kita iaitu Abd Hadi dan Omar Jaafar(OJ) telah pun mengorak langkah dengan membuka perniagaan Car Wash di Jalan lama Melaka-Muar Alai (Area Sawah terbiar).Perkhidmatan yg disediakan ialah Snow wash,Vacuum,Cuci enjin dan lain lain.

Qimonda Friendly Football

Perlawanan Bolasepak Persahabatan Qimonda VS Kementerian Kesihatan Senai akan diadakan pada :

Tarikh : 01/03/09 (Ahad)
Masa : 5:00 petang
Tempat : Padang Saleng ( Berhampiran Sekolah Indahpura 2)

- Datanglah beramai-ramai memberi sokongan

- Kepada para pemain - datang tepat pada masa


Majulah sukan untuk Qimonda...

Bakal jadi popular?



Masih kenalkah ?..ni lah En Rosman Bin Badak, gambar nie sy ambil sewaktu dia tengak syok berkaraoke di majlis perkahwinan adik ipar di kampung Air Tawar. So far dia nie terpilih masuk ke peringkat Konsert Prelude Akademi Fantasia 2009.Ok ..sama-sama kita mendoakan dia berjaya sambil menyokong rakan kita nie...

Ahli Majlis Tertinggi AQM

Salam mesra,
Pengumuman kepada ahli AQM.
Setelah tarikh undian ditutup maka dengan rasa bangga dan xsyen saya memutuskan bahawa senarai ahli majlis tertinggi AQM seperti berikut :-

Pengerusi AQM : En Najmul
Timbalan AQM : En Zailan

manakala jawatan lain seperti setiausaha,bendahari,penerangan dan ajk akan ditentukan dalam mesyuarat yg akan dijalankan oleh tuan pengerusi dalam masa terdekat.

sebarang pertanyaan dan cadangan boleh dikemukakan dalam forum.

sekian terima kasih.

Kursus Kemahiran & Keusahawanan

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan untuk semua sahabat... Saya ada pengumuman penting khasnya untuk bekas staf QIMONDA yang masih belum mendapat pekerjaan. MISDEC yang diuruselia di bawah P.K.N.M ada menawarkan pelbagai kursus berkenaan kemahiran, usahawan dan sebagainya. Yang paling menarik, ada juga ditawarkan kursus khas untuk pekerja2 yang telah dibuang, VSS dan lain2. Sepanjang pengetahuan saya, MISDEC adalah badan kerajaan yang boleh membantu anda untuk memulakan perniagaan/keusahawan dengan khidmat nasihat, bantuan kewangan & peralatan, bantuan jatuh bangun dan lain-lain walaupun bermula dengan "0" (kosong, zero dsbg). Oleh yang demikian, rebutlah peluang yang ada demi masa depan, mungkin rezeki tuan2 & puan2 di situ. Telah ditakdirkan, saya telah dipertemukan dengan seorang tenaga pengajar MISDEC En. Sazali dan telah bertanya serba sedikit mengenainya. Beliau memang menggalakkan terutamanya mereka yang seperti anda (bekas pekerja Qimonda yang masih menganggur) menyertai kursus ini. Sebagai sahabat, inilah tanggungjawab yang boleh saya usahakan demi membantu rakan2 sekelian. Saya juga telah berbincang dengan En. Najmul berhubung perkara ini untuk beliau mengumpulkan maklumat seberapa ramai rakan2 yang masih belum mendapat peluang perkerjaan dan saya masih menunggu borang bagi kursus berkenaan dari En. Sazali (MISDEC). Diharapkan tuan2 & puan2 tidak mensia-siakan peluang yang ada, ini bukan promosi tapi untuk diri anda sendiri, demi masa depan anak-anak kita. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dibuat kepada En. Najmul Wathan bin Abu Samah 019-6691785 atau dengan saya di talian 019-6237451.

KHAIRUL NIZAM BIN ALIAS - bekas pekerja Qimonda
(PEN. PEGAWAI PERPADUAN NEGARA &
INTEGRASI NASIONAL DAERAH JASIN)

Pembukaan Ruangan ber FORUM

satu lama Forum telah dibuka oleh saudara Md Zaini.kepada yg berminat bolehlah klik di pautan Forum.Disitu kita boleh berbual,chating,cadangan dan sebagainya.Adalah dimaklumkan sila jgn gunakan nama orang lain(pekerja qimonda) dan tidak dibenar sama sekali mengeluarkan kata-kata kesat,lucah,mengancam chater yg lain dan juga besifat perkauman.Kami Moderator tidak teragak-agak membatalkan nama nick name anda jika melanggar syarat serta peraturan berforum.Ok sekian terima kasih...selamat berforum!!!

'Ku Dihalaman Rindu'





Jumaat 30/1/2009 - Bertempat di Kedai Nasi Ayam Wak Lan , satu perjumpaan terkejut telah diadakan bagi menemukan rakan-rakan alumniqimonda.Lebih kurang 30 org telah hadir kemajlis perjumpaan ini.Banyak cerita menarik dan gosap opps salahplak..gosip telah diperbualkan.Antara gambar2 yang sempat dirakam kerana saya datang pada pukul 5.30ptg.Kiranya orang yg terakhir......

Pinjaman Tekun.

Yayasan Tekun Nasional (Tekun) sedia membantu pekerja yang diberhentikan, memulakan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan seharian.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya sedar persekitaran ekonomi yang tidak menentu mungkin menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan.

“Kementerian bersedia untuk membantu khususnya melalui Tekun dan GiatMara.

“Kalau orang kena berhenti kerja dan hendak mula berniaga kecil, tempat yang paling mudah untuk mendapatkan pinjaman ialah di Tekun.

Operasi QIMONDA Malaysia mungkin terjejas.

Petikan dari akbar Berita Harian (26/01/2009)

KEGAGALAN menyelamatkan syarikat pengeluar cip,Qimonda,drpd muflis menyebabkan beberapa pakar jerman kini memikirkan impak keadaan itu terhadap operasi syarikat berkenaan di malaysia.Pengeluar cip itu sudah membuat perlaburan besar di malaysia.Kedudukan kewangan Qimonda yg bermasalah,menjadi semakin parah dan syarikat sudah membuat permohonan rasmi bagi prosiding bankrap pada jumaat lalu.Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai mahkamah di Munich,Jerman namun beliau enggan memberi maklumat lanjut.Permohonan akan dikemukakan kepada hakim yang menguruskan kes muflis .Qimonda yg dihubungi kelmarin,enggan mengulas."Qimonda berusaha menangani masalah itu sejak beberapa bulan lalu.Ia memerlukan peruntukan kewangan yg besar utk terus bertahan.Syarikat dianggarkan memerlukan 300 juta euro untuk meneruskan kelangsungan perniagaannya."Jumlah berkenaan hampir dua kali ganda angka yang di persetujui dalam pakej penyelamat yg dibincangkan pada bulan disember."Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada kedudukan Qimonda itu akan terjejas operasinya di malaysia",kata Bernd Otto,Perunding Pengurusannya di Frankfurt,Jerman."Saya pasti industri di malaysia akan menerima kesan dan saya kini memantau rapat tahap impak kes muflis Qimonda itu terhadap operasinya di Malaysia serta Taiwan,"kata Otto. - Bernama.

Makan lagi......


Majlis Hi-Tea di Hotel Orkid



Kenangan ketika Family Day di PD.


Gambar atas no 1 adalah pemenang tarik kapal kargo edisi Just For Fun.
Gambar atas no 2 adalah pemenang tangkap ikan paling banyak (Zailan).
Gambar bawah no 1 adalah juara kumpulan lari itik dalam air (balok,jalut,taiko).
Gambar bawah no 2 adalah juara kumpulan menang sorak kampung tergadai.

Datuk BR Para


Masih kah ko ingat dengan jejaka nie??hehee..dia nie rindu kat korang..

CPU untuk di jual.



Acer Veriton 3700GX Small Form Factor

- Pentium 4 3.0GHz
- 512Mb DDR2 (Max. 4GB DDR2)
- 80Gb HDD (1 IDE Port, 4 SATA Port)
- CD-RW Drive
- Intel 915G Express + ICH6 chipset
- Intel Graphics Media Accelerator 900 (128MB)
- Intel High Definition Audio (Integrated Speaker)
- LAN
- Floppy Drive
- 8 USB 2.0 (4 Front, 4 Back)
- Windows XP Professional OEM
- 345.0mm(H)/101.3mm(W)/414.7mm(D)
- 5.3Kg/11.7lB

Price :-

1 Unit - RM 530/Unit
2 Unit and Above - RM 500/Unit

5 Unit Left...........................
Hazlan (top 5 cafe)
hp/012 6979181

Untuk Palestin dari rakyat Melaka.

SATU PROGRAM BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK RAKYAT PALESTIN AKAN DI ADAKAN PADA 21 JANUARI 2008 BERTEMPAT DI KEDIAMAN RASMI YAB KETUA MENTERI MELAKA DI SRI BENDAHARA, AYER KEROH MELAKA PADA JAM 7.00 MALAM. MOHON HADIR BERAMAI-RAMAI.

ATURCARA PROGRAM BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK RAKYAT PALESTIN BERSAMA-SAMA YAB KETUA MENTERI MELAKA

21 JANUARI 2009 ( RABU )

6.45 PTG KETIBAAN PARA TETAMU

7.00 MLM KETIBAAN

YAB DATUK MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM

KETUA MENTERI MELAKA

7.15 MLM SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

SOLAT HAJAT BERJEMAAH

MAJLIS BACAAN YAASIN

SOLAT ISYAK BERJEMAAH

9.00 MLM JAMUAN RINGAN

BERSURAI

'TUGU PERINGATAN QIMONDA MELAKA'

Kenangan bersama....



Antara kenangan yang mengusik jiwa.Saat- saat perpisahan bersama qimonda dan rakan-rakan.Harapan agar rakan2 semua berjaya dalam bidang yang diceburi.....(gambar ehsan dari Mr Hazlan)